Kami, warga komiti Debat Alam Sekitar 2009
ingin mngucapkan
SELAMAT DATANG
ke
PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR 2009
bertempat di
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Salam Perdebatan
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Pengenalan dan Latar Belakang DAS
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam pertama kalinya telah diadakan pada tahun 1986. Walau bagaimanapun, ia menjadi acara tahunan bermula tahun 1991 setelah kerajaan Malaysia mengisytiharkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Ia merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama MADUM sejak awal tahun 90-an lagi. Pada tahun ini, Universiti Teknologi PETRONAS telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan Debat Alam Sekitar ini merupakan satu pertandingan debat antara IPT yang tertua dan tahun ini merupakan penganjuran yang ke-19. Penganjur utama pertandingan debat ini adalah Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Teknologi PETRONAS, MADUM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagi memudahkan pengurusan dan penganjuran pertandingan tersebut, salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil bahagian akan dipilih secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah pertandingan debat pada setiap tahun.
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia ini merupakan satu aktiviti tahunan yang diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan mahasiswa tentang pelbagai isu dan permasalahan alam sekitar. Ia juga membentuk budaya berfikir dan berdebat di kalangan mahasiswa.