Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Kami, warga komiti Debat Alam Sekitar 2009
ingin mngucapkan

SELAMAT DATANG
ke
PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR 2009
bertempat di
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam Perdebatan

Monday, June 1, 2009

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bagi Beberapa Ahli Komiti

Sejurus selepas berlangsungnya debat persahabatan diantara UTP,MMU dan UPSI, telah diadakan mini family day yang telah berlangsung di kawasan tasik UTP. Berselindung di bawah nama mini 'family day', terdapat kejutan besar buat beberapa orang yang terlibat. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ahli kumpulan satu bakal menerima kejutan yang tidak disangka-sangka oleh mereka.

Dipendekkan cerita, mereka telah sengaja dibuat kalah oleh Activities And Events Department dan hukumannya kumpulan itu perlu masuk ke dalam tasik UTP dan menangkap 5 ekor ikan dari dalam tasik itu. Mereka dengan berat hatinya telah turun ke dalam tasik yang bertempat di jambatan laluan 'jogging' dan telah bertungkus lumus untuk menangkap ikan dari dalam tasik itu.

Tiba-tiba, semua komiti lain yang sedang memerhatikan mereka dari atas jambatan itu menyanyikan lagu 'happy birthday'. Maka dengan muka tersipu-sipu dan dalam keadaan baju yang basah, mereka telah di'prank' oleh kami semua. Mereka yang di'prank' itu telah pun menyambut hari lahir didalam bulan mac dan april.

Oh ya, sebelum terlupa, inilah nama-nama mereka yang terpaksa masuk kedalam tasik UTP dan menangkap ikan tersebut :

Mohd Syahmi Syazwan
Mohd Syazwan Sabri
Sharifah Sarah
Ahmad Faridzuan Zakeria
Nurul Irda Zahari

Mereka telah diraikan beramai-ramai oleh semua comittee debat alam sekitar 2009. Itulah hadiah hari jadi terbesar yang mereka pernah dapat sepanjang hidup mereka.

Akhir kalam, tahniah kepada ANE kerana berjaya melaksanakan acara yang sungguh meriah ini. Harap-harap dilaksanakan untuk setiap dua bulan la ya. Buat mereka yang diraikan,semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga mendapat jodoh yang baik di kemudian hari.


orang lain punya hari jadi orang lain yang gembira. bagus betul. semangat!

1 comments:

irda zahari said...

haha..terbaek~

terima kasih korang :)

Post a Comment

Terbaru dari kami

environment

Protokol Kyoto

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFC) yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon. CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak terkira banyaknya, [...]
debat

Debat Persahabatan bersama MMU dan UPSI

Pada tanggal 2 hingga 3 Mei yang lalu, telah diadakan debat persahabatan di antara UTP,MMU dan UPSI. UTP telah menghantar 3 kumpulan untuk mewakili UTP, begitu juga dengan MMU. Namun, hanya UPSI [...]
Galeri

Gambar-gambar Sepanjang Musim DAS 2009

Ruangan galeri kami memuatkan setiap gambar-gambar yang diambil sepanjang musim Debat Alam Sekitar 2009 yang buat pertama kalinya berlangsung di UTP [...]
usul

Usul DAS 2009

Senarai usul bagi pertandingan Debat Alam Sekitar 2009. Sudah bersediakah anda?[...]
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Free Music

Zainal Abidin - Hijau