Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Kami, warga komiti Debat Alam Sekitar 2009
ingin mngucapkan

SELAMAT DATANG
ke
PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR 2009
bertempat di
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam Perdebatan

Monday, June 1, 2009

Debat Persahabatan Bersama MMU dan UPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum kata memulakan bicara, izinkan kami pihak pengurusan blog debat alam sekitar 2009 memohon seribu keampunan atas kelewatan kami untuk membuat pos blog pada kali ini. Pertamanya, kami diambang minggu peperiksaan di UTP yang memaksa kami untuk menangguhkan seketika laporan aktiviti kali ini. Menjadi komiti adalah tanggungjawab kami tetapi pencapaian akedemik adalah keutamaan kami selaku pelajar. Harap kelewatan ini dapat kemaafan dari semua.

Pada tanggal 2 hingga 3 Mei yang lalu, telah diadakan debat persahabatan di antara UTP,MMU dan UPSI. UTP telah menghantar 3 kumpulan untuk mewakili UTP, begitu juga dengan MMU. Namun, hanya UPSI sahaja yang hanya menghantar dua kumpulan untuk mewakili universitinya. Debat persahabatan ini telah dianjurkan oleh Kelab Debat UTP. Tujuan debat persahabatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara universiti-universiti yang terlibat di samping bertindak sebagai latihan untuk pendebat dan juga komiti debat alam sekitar 2009. Maklumlah, ada segelintir komiti yang tidak mempunyai pengalaman apatah lagi pernah melihat satu sesi perdebatan. Maka, debat persahabatan ini boleh dianggap sebagai event dua hala; untuk pendebat dan juga untuk ahli komiti debat alam sekitar 2009.

Alhamdullillah, syukur kepada ilahi, tiada sebarang masalah yang besar telah berlaku sepanjang acara ini berlangsung. Masalah kecil-kecilan itu, mestilah wujud. Namun, tidak langsung menjejaskan perjalanan acara yang dinanti-nantikan ini.

Terdapat banyak pengajaran yang telah dapat dipelajari dari acara ini. Antaranya, cara untuk melayan kerenah pendebat, cara untuk memastikan kelancaran majlis dan sebagainya. Rata-rata komiti yang terlibat dengan acara ini telah memberikan komitmen yang sangat bagus. Tahniah diucapkan dan ribuan terima kasih kepada Kelab Debat UTP kerana mengizinkan kami untuk terlibat dengan acara yang bermakna ini.

Berdasarkan hasil penilaian kami di dalam acara ini, kami dapati pendebat-pendebat UTP sangat hebat dan mampu untuk ke perlawanan akhir debat alam sekitar 2009. (Amiin). Jikalau terdapat kemusykilan dalam diri anda, maka lihat lah aksi-aksi hebat pendebat UTP yang mampu ke perlawanan akhir semasa debat persahabatan ini berlangsung.


tekun mendengar hujah pihak lawan sambil tersenyum sinis


cayalah eddy...!!!


terpegun dengan kelantangan hujah abang Junny


sempat mendapat respon ahli kumpulan...


bersemangat dalam memberi izin laluan! yeah!

Akhir kalam, kami memohon maaf di atas mana-mana kesilapan yang telah dilakukan, sama ada sengaja atau tidak. Terima kasih diucapkan kepada MMU dan UPSI kerana memberi respon yang positif di dalam debat persahabatan ini. Kepada pendebat UTP, doa kami sentiasa bersama anda semua. Jumpa di gelanggang perlawanan akhir! Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Shahrina kerana membantu kami di dalam melaksanakan acara ini, Kelab Debat UTP kerana menganjurkan acara ini dan juga memberi peluang kepada komiti debat alam sekitar untuk menjayakannya dan juga kepada semua komiti yang terlibat dengan acara ini secara langsung atau tidak langsung.

1 comments:

Shafiq Fhadly said...

Puji UTP lebey2 plak. Tak sabar plak nak tgk pendebat UTP beraksi.

Post a Comment

Terbaru dari kami

environment

Protokol Kyoto

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFC) yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon. CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak terkira banyaknya, [...]
debat

Debat Persahabatan bersama MMU dan UPSI

Pada tanggal 2 hingga 3 Mei yang lalu, telah diadakan debat persahabatan di antara UTP,MMU dan UPSI. UTP telah menghantar 3 kumpulan untuk mewakili UTP, begitu juga dengan MMU. Namun, hanya UPSI [...]
Galeri

Gambar-gambar Sepanjang Musim DAS 2009

Ruangan galeri kami memuatkan setiap gambar-gambar yang diambil sepanjang musim Debat Alam Sekitar 2009 yang buat pertama kalinya berlangsung di UTP [...]
usul

Usul DAS 2009

Senarai usul bagi pertandingan Debat Alam Sekitar 2009. Sudah bersediakah anda?[...]
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Free Music

Zainal Abidin - Hijau