Hari Bumi, disambut setiap 22 April, adalah hari yang direka untuk menghasilkan inspirasi dan penghargaan untuk alam sekitar di muka Bumi. Dipelopori oleh Gaylord Nelson, Senator Amerika sebagai kesedaran alam sekitar pada tahun 1970, Hari Bumi disambut oleh pelbagai negara pada setiap tahun. Pada tarikh ini, musim bunga berlaku di Hemisfera Utara dan musim luruh pula di Hemisfera Selatan.
United Nations menyambut Hari Bumi pada setiap tahun di kala Ekuinoks Mac, selalunya pada 20 Mac, satu tradisi yang dipelopori oleh aktivis keamanan John Connell pada 1969.
Sehubungan itu, kami, warga Debat Alam Sekitar 2009 ingin mengucapkan Selamat Hari Bumi sedunia kepada semua warga penduduk dunia di luar sana. Kami berharap agar Hari Bumi ini bukan sahaja disambut pada 22 April, malahan pada setiap hari. Setiap hari merupakan Hari Bumi.
2 comments:
aku memang sambut 22april setiap tahun
;)
CELEBRATE EARTH HOUR 22 APRIL!
apa aktiviti yang biasanya ada dlm earth day?
Post a Comment