Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Kami, warga komiti Debat Alam Sekitar 2009
ingin mngucapkan

SELAMAT DATANG
ke
PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR 2009
bertempat di
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam Perdebatan

Tuesday, April 28, 2009

Penilaian Impak Alam Sekitar

Apakah Penilaian Impak Alam Sekitar?

EIA ialah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat tentang impak terhadap alam sekitar bagi setiap projek yang akan dijalankan dan penjelasan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi memastikan kesan terhadap alam sekitar diminimumkan setelah sesuatu projek diluluskan.

Mengapa EIA Diperlukan?

EIA sangat diperlukan sebagai mekanisma kawalan untuk mengelakkan masalah alam sekitar yang mungkin disebabkan oleh pelaksanaan sesuatu projek. EIA memastikan yang masalah yang berkemungkinan akan timbul dilihat secara proaktif dan dinilai daripada awal pelaksanaan projek. Justeru, keadaan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mengelakkan kesilapan besar daripada berlaku sewaktu pelaksanaan projek, sama ada disebabkan oleh kemungkinan masalah-masalah alam sekitar timbul ataupun disebabkan perubahan yang diperlukan bagi memininmumkan kesan terhadap alam sekitar.

EIA apabila diaplikasikan dalam perancangan dan struktur penyelesaian masalah, memberikan maklumat tambahan untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Apa yang Perlu Dinilai Semasa Pelaksanaan EIA?

Konsep Projek.

Pemaju harus memastikan konsep projek pembangnan mestilah tidak bercanggah dengan mana-mana pelan pembangunan, polisi ataupun apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan melalui Kajian EIA, antaranya ialah (tidak tertakluk kepada yang dibawah sahaja):

1. Pelan Pembangunan Nasional.

2. Pelan Struktur.

3. Pelan Tempatan.

4. Pelan Bersekutu (antara negeri)

5. Persetujuan antara Kerajaan dengan Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan bahan buangan berkala.

6. Persetujuan antara Kerajaan Malaysia dan Pantai Medivest Sdn Bhd, Faber Mediserve Sdn Bhd., dan Radicare Sdn Bhd untuk proses pelupusan bahan sisa klinikal daripada hospital- hospital kerajaan.

7. Garis panduan pembangunan di kawasan tinggi.

8. Garis panduan untuk zon pendudukan industry.

Pemilihan Tapak Projek

Kriterian untuk pemilihan tapak baru biasanya merangkumi aspek kejuruteraan, alam sekitar dan ekonomi. Pada kebiasaannya, kriteria-kriteria ini menghadkan pilihan tapak yang sesuai kepada bilangan yang sedikit. Pun begitu, tapak-tapak ini masih perlu dikaji dan disiasat untuk memastikan kesesuaian melalui kaedah lawatan ke tapak dan analisis maklumat sedia ada. Pada tahap ini, langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan pnyelesaian masalah sosioekonomi juga diambil kira. Sekiranya projek terletak berhampiran dengan petempatan awam ataupun laluan sumber air bersih, pengguna akan mendapat kesan langsung daripada projek tersebut. Jadi, isu pampasan dan pelaburan sifar juga diambil kira dalam EIA.

Pemaju juga tidak digalakkan untuk memilih kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Sensitif (ESA) ataupun berhampiran; sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Nasional (April 2005). ESA harus diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan tanah dan sumber alam bagi memastikan pembangunan yang lestari. Pengurusan ESA harus mengikut criteria berikut :

Ranking 1 ESA – Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan boleh dilakukan kecuali untuk tujuan eko-pelancongan, kajian dan pembelajaran

Ranking 2 ESA – Tiada pembangunan dan pertanian. Pembalakan secara lestari dan eko-pelancongan dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

Ranking 3 ESA – Pembangunan terkawal boleh dilakukan dengan kawalan ketat bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul.

Rujukan : Pelan Pembangunan Nasional (26 April 2005)

0 comments:

Post a Comment

Terbaru dari kami

environment

Protokol Kyoto

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFC) yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon. CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak terkira banyaknya, [...]
debat

Debat Persahabatan bersama MMU dan UPSI

Pada tanggal 2 hingga 3 Mei yang lalu, telah diadakan debat persahabatan di antara UTP,MMU dan UPSI. UTP telah menghantar 3 kumpulan untuk mewakili UTP, begitu juga dengan MMU. Namun, hanya UPSI [...]
Galeri

Gambar-gambar Sepanjang Musim DAS 2009

Ruangan galeri kami memuatkan setiap gambar-gambar yang diambil sepanjang musim Debat Alam Sekitar 2009 yang buat pertama kalinya berlangsung di UTP [...]
usul

Usul DAS 2009

Senarai usul bagi pertandingan Debat Alam Sekitar 2009. Sudah bersediakah anda?[...]
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Free Music

Zainal Abidin - Hijau